Philips WP3891 Water System User Manual


 
72
11 Soalan lazim
Bolehkah saya menggunakan dispenser air tulen
Philips untuk menulenkan air perigi/telaga gerek?
Ya. Dispenser air tulen telah direka bentuk untuk
menulenkan air minuman daripada contohnya
sumber air perbandaran, perigi atau telaga gerek.
Ia tidak dimaksudkan untuk menulenkan air kolam,
air sungai, air kumbahan atau lain-lain jenis air yang
tidak dirawat. Jika anda mengguna air perigi/telaga
gerek, kami mencadangkan anda menguji air anda
secara tetap.
Bolehkah air yang dirawat disimpan?
Ya. Untuk mencegah air yang dirawat daripada
menjadi tercemar, simpan dalam bekas bersih yang
mempunyai penutup yang ketat. Jika disejukkan
dengan betul dalam bekas yang kedap udara, air
yang dirawat boleh disimpan sehingga 48 jam.
Bolehkan cahaya ultraungu menjadikan air
radioaktif?
Tidak. Cahaya ultraungu tidak radioaktif. Oleh itu,
adalah mustahil air yang dirawat dengan cahaya
ultraungu menjadi radioaktif.
Adakah dispenser air tulen Philips menukarkan
rasa air?
Rasa air bergantung kepada apa yang terkandung
di dalam air. Dispenser air tulen mengeluarkan
banyak bahan seperti zarahan dan klorin, dengan
itu memperbaiki rasa, bau dan kejernihan air.
Apa yang istimewa mengenai lampu UV?
Cahaya ultraungu adalah cara yang berkesan untuk
memusnahkan mikroorganisma tanpa penggunaan
bahan kimia. Lampu UV mengeluarkan cahaya
dengan jarak gelombang yang tertentu yang boleh
memusnahkan mikroorganisma. Cahaya ini mesti
mempunyai intensiti yang betul dan air mesti
didedahkan kepada cahaya buat jumlah masa yang
tertentu baginya mendapat dos cahaya UV yang
betul.
12 Menyelesaikan
masalah
Penunjuk penuras menyala.
Hayat penuras hampir tamat. Beli dan pasang
penuras baru
Penunjuk penuras menyala secara berterusan.


penyelenggaraan’ dan ‘Penggantian’).
Penunjuk bateri menyala merah.
Bateri hampir kosong. Hidupkan perkakas untuk
membiarkan bateri mengecas.
Penunjuk bateri menyala merah berterusan.
Bateri sedang mengecas.
Air menitis daripada perkakas.
Satu atau lebih paip di dalam perkakas tidak
disambung dengan betul. Periksa semua
sambungan. Hubungi wakil penjual anda atau pusat
perkhidmatan Philips yang sah.
Lampu penunjuk UV menyala secara berterusan.
Ralat berlaku dalam ruang UV. Periksa sama ada
penutup ruang UV ditutup. Bersihkan tiub kuartza

masalah berterusan, hubungi wakil penjual atau
pusat perkhidmatan Philips yang sah .
Perkakas tidak mengeluarkan (mendispens) air,
walaupun tiada penunjuk ralat.
WP3890 sahaja: Tiada kuasa utama. Periksa
sama ada bekalan kuasa berfungsi dan jika plag
dimasukkan ke dalam soket dinding dengan
betul.
Penuras tidak diletak dengan betul. Letakkan
penuras dengan betul

Philips yang asli. Sentiasa gantikan penuras
dengan penuras Philips yang asli, jenis WP3990.