Philips WP3891 Water System User Manual


 
61
4 Bersedia untuk
menggunakannya
Kami menasihatkan anda agar dispenser air tulen
ini dipasang oleh juruteknik perkhidmatan yang
telah dilatih.
D Nota:
Jika tekanan air di kawasan anda lebih rendah
daripada tekanan minimum yang ditentukan (0.5
bar), kami menasihati anda untuk menggunakan
pam air domestik yang sesuai.
D Nota:
Jika tekanan air di kawasan anda lebih tinggi
daripada tekanan maksimum yang ditentukan
(2.0 bar), penggunaan injap yang mengurangkan
tekanan diperlukan.
4.1 Pemasangan
1 Pilih lokasi yang sesuai untuk dispenser air
tulen.
Pasang dispenser air tulen di lokasi yang
mudah dan selamat di mana ia tidak
menimbulkan risiko kecederaan.
Pasang dispenser air tulen 1m jauh
daripada paip.
Pasang dispenser air tulen
secara menegak. Jangan pasangnya senget
atau secara mendatar.
Sambungkan plag utama dispenser air
tulen ke soket yang terletak lebih tinggi
daripada dispenser air tulen.
1m1m
Dispenser air tulen Philips ini telah diberi
augerah Mohor Emas oleh WQA (Persatuan
Kualiti Air, AS) untuk produk yang memenuhi
atau melampaui piawai industri untuk
pengurangan kontaminan, keutuhan struktur
dan keselamatan bahan.

