Philips RAS-X18CX Air Conditioner User Manual


 
34
Penyelarasan arah aliran udara ke atas dan ke bawah.
Pengawal arah aliran udara mendatar dilaraskan secara
automatik kepada sudut yang sesuai bagi operasi pengeringan
atau operasi pendinginan. Pengawal arah aliran udara mendatar
dilaraskan pada sudut yang dikehendaki dengan butang
(Peredaran AUTO). (Jika sudut pengawal telah
diubah, ia tidak dapat kembali ke kedudukan auto-laras selepas
operasi dimulakan kecuali mode operasi dipasangkan).
PENYELARASAN PENGAWAL ARAH ALIRAN UDARA
1
2
Penyelarasan arah aliran udara ke kiri dan ke kanan.
Pegang pengawal arah aliran udara menegak seperti yang
ditunjukkan dalam gambarajah dan selaraskan arah aliran
udara ke kiri dan ke kanan.
Jika butang (Peredaran AUTO) ditekan sekali,
pengawal arah aliran mendatar akan berpusing ke atas
dan ke bawah. Jika butang ini ditekan sekali lagi,
pengawal akan berhenti pada kedudukannya. Pengawal
itu akan bergerak semula selepas beberapa saat (lebih
kurang 6 saat).
Semasa operasi pendinginan jangan biarkan pengawal
arah aliran udara dalam keadaan mendatar untuk jangka
masa yang panjang, kerana ini akan menyebabkan titisan
air terbentuk pada pengawal dan titisan air itu mungkin
jatuh dari pengawal aliran udara.