Philips RAS-X18CX Air Conditioner User Manual


 
– 25 –
BAHASA MALAYSIA
PERKARA YANG PERLU DIAMBIL PERHATIAN DALAM PENGENDALIAN
!
Jangan sentuh suis bekalan kuasa dengan tangan yang basah untuk
mengelakkan kejutan elektrik.
Jika beroperasi bersama peralatan pembakaran, pastikan udara segar
sentiasa beredar masuk untuk membekalkan oksigen yang cukup.
Jangan halakan udara yang keluar dari penyaman udara ini ke arah
peralatan pembakaran kerana akan menyebabkan pembakaran tidak
lengkap.
Sentiasa pastikan alat pemasangan adalah kukuh dan tiada kerosakan
untuk mengelakkan unit luar bilik daripada terjatuh.
Jangan pancurkan air ke atas penyaman udara semasa membersihkannya
kerana mungkin mengakibatkan berlakunya litar pintas.
Jangan gunakan alat ini sebagai tempat menyimpan makanan, haiwan
dan tumbuhan, peralatan canggih, barangan seni dan ubat-ubatan.
Jangan gunakan aerosol atau penyembur rambut bedekatan dengan unit dalam
bilik. Bahan kimia ini boleh melekat pada sirip petukaran kepanasan dan
menyekat penyejatan pengaliran air kepada pan pengaliran. Air akan jatuh
pada kipas tangential dan menyebabkan air menyimbah dari unit dalam bilik.
Jangan pasangkan penyaman udara untuk jangka masa yang panjang semasa pintu dan tingkap
terbuka (kelembapan dalam bilik melebihi 80%), serta semasa pengawal aliran udara hala ke
bawah atau pengawal aliran udara beroperasi secara automatik. Jika tidak, air akan terkondensasi
pada pengawal aliran udara mendatar dan akan menitis ke bawah dan membasahi perkakas
rumah.
Jika terdapat sumber haba yang melebihi kapasiti penyaman udara (terdapat terlalu ramai orang
atau menggunakan alat pemanasan), suhu dalam bilik tidak akan mencapai suhu yang ditetapkan.
Alat ini tidak sesuai digunakan oleh kanak-kanak atau mereka yang kurang upaya melainkan jika
mereka telah diawasi oleh orang yang bertanggungjawab untuk memastikan mereka boleh
menggunakan alat ini dengan selamat.
Kanak-kanak haruslah dijaga untuk memastikan mereka tidak bermain dengan alat ini.
Jangan berdiri di atas unit luar bilik atau meletakkan beban di atasnya.
Sila padamkan suis dan cabutkan plag semasa membersihkan penyaman
udara kerana kipas dalam penyaman udara yang berpusing dengan laju
boleh mencederakan.
Jika tidak menggunakan penyaman udara untuk jangka masa yang panjang,
sila cabutkan plag demi keselamatan.
Jangan letakkan bekas yang mengandungi air (seperti pasu bunga) kerana
jika air tertumpah ke dalam unit, ini boleh mengakibatkan kejutan elektrik.
Jangan letakkan haiwan atau tumbuhan di tempat angin bertiup keluar
kerana akan mendatangkan kesan buruk terhadap haiwan atau tumbuhan.
P
E
R
H
A
T
I
A
N