Philips RAS-X18CX Air Conditioner User Manual


 
30
OPERASI PENGERINGAN
Gunakan unit ini untuk pengeringan apabila suhu bilik melebihi 16°C.
Apabila ia di bawah 15°C, fungsi pengeringan tidak akan berlaku.
Tetapkan suhu bilik yang dikehendaki dengan butang SUHU
(paparan akan menunjukkan tetapan).
Jarak di antara 20-26°C adalah suhu bilik yang
disyorkan untuk pengeringan.
Tekan butang (BERHENTI) untuk menghentikan operasi.
2
Disebabkan tetapan telah disimpan di dalam memori alat kawalan
jauh, anda hanya perlu menekan butang
(PENGERINGAN) pada
masa yang akan datang.
Tekan butang dan paparan akan menunjukkan
(PENGERINGAN).
Operasi pengeringan bermula dengan bunyi beep.
KELAJUAN KIPAS telah ditetapkan RENDAH secara
automatik.
Butang KELAJUAN KIPAS tidak beroperasi.
1
Fungsi Pengeringan
Apabila suhu bilik adalah lebih tinggi daripada suhu tetapan: Unit akan mengering dan mengurangkan
suhu bilik kepada tahap yang telah ditetapkan.
Apabila suhu bilik lebih rendah daripada suhu tetapan: Pengeringan akan beroperasi dengan menetapkan
suhu lebih rendah sedikit daripada suhu bilik semasa, bergantung pada nilai suhu yang ditetapkan.
Fungsi ini akan berhenti (penyaman udara berhenti mengeluarkan udara) sebaik sahaja suhu bilik menjadi
lebih rendah daripada suhu tetapan.
BERHENTI