Philips RAC-X18CX Air Conditioner User Manual


 
39
BAHASA MALAYSIA
!
1
2
3
!
PROSEDUR
PENJAGAAN
Kerja pembersihan dan penjagaan hendaklah dilakukan oleh wakil servis bertauliah. Sebelum
kerja pembersihan, hentikan operasi dan keluarkan plag bekalan kuasa.
1. PENAPIS UDARA
Penapis udara perlu dibersihkan kerana ia menyedut habuk di dalam bilik. Apabila penapis udara
diliputi oleh habuk, ia akan menghalang pengaliran udara dan kesan pendinginan juga akan berkurang.
Selain itu, ia juga mungkin menyebabkan bunyi bising. Pastikan penapis udara dibersihkan mengikut
prosedur di bawah.
PERHATIAN
PERHATIAN
Jangan cuci dengan air panas yang suhunya lebih dari 40°C. Penapis udara mungkin mengecut.
Selepas dicuci, goncangkan penapis udara untuk mengeluarkan air dan keringkannya di tempat
yang teduh. Jangan terdedah terus kepada cahaya matahari kerana penapis udara mungkin mengecut.
Jangan gunakan sabun pada penapis pembersih udara kerana sabun boleh mengakibatkan ia
kehilangan keupayaan elektrostatik.
Buka panel depan dan keluarkan penapis udara
Angkat dan keluarkan penapis pembesih
udara daripada penapis udara dengan
perlahan.
Masukkan semula penapis pembersih ke
penapis udara. Pastikan bahagian penapis
udara yang bertanda "FRONT" menghala ke
atas dan sorongkan penapis udara ke
kedudukan asalnya.
Setelah memasang penapis itu, tekan panel
depan mengikut 3 anak panah yang
ditunjukkan dan tutup.
Bersihkan habuk daripada penapis udara dan
penapis pembesih udara dengan pembersih
vakum. Jika terdapat terlalu banyak habuk,
bilaskan di bawah aliran air paip dan berus
perlahan dengan berus yang lembut. Biarkan
kering di tempat yang teduh.
NOTA:
Penapis pembersih udara hendaklah dibersihkan setiap bulan atau lebih awal jika terlalu kotor.
Penggunaan yang lama akan menyebabkan ia kehilangan fungsi pewangi. Pengguna disarankan
menukarnya setiap 1 tahun bergantung kepada keperluan untuk keberkesanan optima.