Philips RAC-X18CX Air Conditioner User Manual


 
– 28 –
NAMA DAN FUNGSI SETIAP BAHAGIAN ALAT KAWALAN JAUH
ALAT KAWALAN JAUH
Alat ini mengawal operasi unit dalam bilik. Lingkungan kawalan adalah kira-kira 7 meter. Jika pencahayaan
dalam bilik telah dikawal secara elektronik, lingkungan kawalan mungkin akan menjadi lebih dekat.
Alat ini boleh diletakkan di dinding dengan menggunakan pemegang yang dibekalkan. Sebelum meletakkannya,
pastikan unit dalam bilik (penyaman udara) boleh dikawal dari alat kawalan jauh.
Pemancar Isyarat
Pemancar isyarat akan berkelip apabila isyarat dipancarkan.
Paparan
Bahagian ini menunjukkan suhu bilik yang dipilih, waktu semasa, status
pemasa, fungsi dan tekanan peredaran yang dipilih.
Butang Peredaran Udara
Gunakan butang ini untuk memilih operasi peredaran udara di dalam
bilik atau memulakan operasi.
Butang Pengeringan
Gunakan butang ini untuk operasi pengeringan di dalam bilik atau
memulakan operasi.
Butang Pendinginan
Gunakan butang ini untuk memilih operasi pendinginan atau
memulakan operasi.
Butang PENGATURAN SEMULA
Butang BERHENTI
Tekan butang ini untuk berhenti operasi.
Butang TIDUR
Gunakan butang ini untuk menentukan pemasa.
Pemilih KELAJUAN KIPAS
Butang ini adalah untuk memilih kelajuan kipas. Setiap kali anda menekan
butang ini, tekanan peredaran akan bertukar dari
(AUTO) ke
(TINGGI) ke (SEDERHANA) ke (RENDAH).
Butang PENYELARAS ARAH ALIRAN UDARA AUTOMATIK
Menyelaras sudut arah aliran udara mendatar.
Butang SUHU
Gunakan butang ini untuk menaik atau merendahkan suhu tetapan. (Tekan
secara berterusan, nilai suhu akan berubah lebih cepat.)
Butang Pemasa-OFF Untuk memilih pemasa-OFF.
Butang Pemasa-ON Untuk memilih pemasa-ON.
KELAJUAN KIPAS
TINGGI
SEDERHANA
RENDAH
PEREDARAN UDARA / MULA
PENGERINGAN / MULA
PENDINGINAN / MULA
KIPAS
PEMASA TIDUR
BERHENTI
PILIH PEMASA
PEMASA - ON
PEMASA - OFF
PEREDARAN AUTOMATIK
Langkah berjaga-jaga dalam Penggunaan
Jangan letakkan alat kawalan jauh di tempat-tempat berikut.
Terdedah secara terus kepada cahaya matahari.
Berdekatan dengan pemanas.
Pegang alat kawalan jauh dengan berhati-hati. Jangan biarkan
alat ini terjatuh ke lantai dan lindungi dari terkena air.
Sebaik saja unit luar berhenti, ia tidak akan beroperasi semula
dalam jangka masa 3 minit (kecuali anda padamkan suis
bekalan kuasa dan cabutkan plag kemudian pasangkan
semula plag). Ini adalah untuk melindungi unit ini dan bukan
menandakan sebarang kerosakan.